Laman Utama

Jumaat, 13 Januari 2012

Acara LLBA di Pesta Buku MPH, KL Sentral



Syukur alhamdulillah, esok adalah waktu yang dinanti-nantikan dengan penuh malu berdebar. Wah, harus pada malam ini, mata sukar dilelapkan. Sukar melelapkan mata? Wah teruja lebih nampak! Haha! Ya, sukar lelap bukan sahaja dek teruja, tetapi dek turut bersengkang mata melunaskan hutang tugasan yang bersimpang-siur hoho!

Ok, dipendekkan cerita, insya-Allah, kita bertemu pada hari esok ya! Ada aktiviti menarik yang menanti pembaca di sana *wink, wink! (^_________________^) Daaa~~~

Ahad, 8 Januari 2012

Pesta Buku MPH @ KL Sentral


Gambar ini gigih diambil di Karnival Pesta Buku MPH di Mid Valley Megamall pada bulan Disember yang lalu. Wah, memang bukan mudah mahu bergambar dengan tikus besar ini. Bukan mudah untuk Encik Tikus, tetapi untuk saya mudah sahaja hehehe kecuali dengan beg yang berbondong-bondong itu.

Baiklah, abaikan gambar ini, ohoi! Sebenarnya apa yang saya mahu kongsikan adalah, saya boleh ditemui di Pesta Buku MPH di KL Sentral seperti berikut:

Tempat: Pesta Buku MPH di KL Sentral
Tarikh: 14 Januari 2012
Waktu: 12 tengahari hingga 1 petang jangan lupa isi perut kenyang-kenyang dahulu ya!

Untuk aktiviti ini, karya Lagi-Lagi Botol Air (LLBA) dipilih sebagai rencah utama wah seperti menulis buku resepi pula uhuk!. Namun begitu, saya turut memohon doa kalian, supaya buku Penutup Botol Air juga sudah masuk ke stor. Sekiranya sudah masuk, dapat juga saya berjimba beraksi bersama karya terbaru saya, eceh!

Nota perasan comel:
Mohon jangan muntah! (~^,^)~   \(^^,)7


Penutup Botol Iman @ Portal PTS

Terkini, Penutup Botol Iman diulas di Portal PTS ^____________^

Penutup Botol Iman


Sewaktu saya menekan kata demi kata ini, saya sebenarnya sedang berdebar menanti karya saya yang seterusnya ini.

Penutup Botol Iman. Apakah pandangan pembaca semua kepada tajuk ini? Comel, bukan? Perasan sebentar (^^;)7 Ini adalah tajuk final selepas tim editor yang menguruskan buku ini mengalami sedikit pening panglima lalat dalam memilih nama yang sesuai. ^__________^

Karya terbaru ini adalah sambungan kepada buku LLBA yang terbit pada Julai 2011. Secara peribadi, saya menilai karya ini sebagai lebih matang, malah watak Iman juga semakin keletah dan pelbagai. Harapan saya, sudah pasti pembaca yang membaca buku ini mendapat bukan sahaja manfaat, malah terhibur sekali gus mengekek geli hati. Ngeee~

Kepada semua pembaca yang berminat mendapatkan karya ini, insya-Allah, karya ini boleh didapati tidak lama lagi. Maklumat lanjutnya di SINI. ^___________^

Nota perasan comel:
Terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan. Kalian adalah sumber inspirasi saya. Semoga Tuhan sentiasa melimpahkan kasih sayang-Nya kepada kita semua, amin.... ---/-(@

Lagi-Lagi Botol Air (Edisi Kemas Kini)


LLBA Edisi Kemas Kini? Apakah bezanya buku ini dengan buku di SINI? Jawapannya adalah, Edisi Kemas Kini ini lebih ringan, nipis, dan lebih murah! Ohoi! Seronoknya! Saiznya juga lebih besar ^_________^ Wah, banyaknya 'lebih'!

Justeru, siapa yang tidak sabar mendapatkan karya kemas kini ini, boleh dapatkannya di SINI! Hip, hip, horey!

Lagi-Lagi Botol Air

Tadaa!  Alhamdulillah, ini adalah karya pertama saya yang penuh nostalgia. Mengapa penuh nostalgia? Ini kerana, karya ini terbit pada 1 Julai, tarikh yang sama saya sedang bersilat berperang di dalam bilik bersalin.

Lebih nostalgik apabila lebih kurang dua bulan kemudian, karya ini sudah pun diulang cetak. Tepuk, tepuk, tepuk! Syukur ya Tuhanku.


Melihat sahaja pada tajuknya, pasti ramai yang boleh meneka, karya ini mengisahkan apa sebagai subjek ^_____________^ Ya, tepat sekali! BOTOL AIR!

Watak utama dalam karya ini adalah seorang kanak-kanak perempuan comel yang bernama Iman Mawaddah, yang terlalu menggilai dan obses mengumpul botol air. Terdapat pelbagai corak, jenis, dan bentuk botol air dalam simpanannya. Tidak semua botol air ini dibeli, kerana ada juga yang dihadiahkan kepadanya, mahupun secara percuma!

Pernahkah pembaca semua membeli apa-apa produk dan mendapat botol air sebagai ganjarannya? Sekiranya pernah, pasti seronok, bukan? Sama seperti Iman, keseronokan mengumpul botol air mula dijadikan hobi pelik yang menceriakan hidupnya, sehinggalah terjadi suatu kejadian yang tidak disangka-sangka... jeng, jeng, jeng!


Pada pembaca yang teruja dan belum mendapatkan buku ini, boleh dapatkannya di SINI. *wink!

Entri Pertama, Entri Pembuka 2012 ^_________^

Dengan nama Tuhan yang Maha Penyayang, saya membuka lembaran 2012 dengan merasmikan laman ini, alhamdulillah ---/-(@

Blog ini adalah tempat saya berkarya dan berkongsi dengan pembaca segala perkara berkaitan novel. Semoga usaha ini mendekatkan lagi karya saya dengan semua pembaca.

Saya juga berharap laman ini menjadi wadah untuk kita saling berkongsi maklumat, kreativiti, dan ilham demi membuahkan hasil yang lebih baik.

Salam sayang penuh ukhuwah untuk pembaca semua!